VISIT MY NEW BLOGSHOP AT THE HAPPY HOUSEWIFE BLOGSHOP

Tuesday, February 9, 2010

To ALL DieHardfan Breastfeeders! Super-Lovely Car Stickers for you!!! :-)

Salam semua...

okok...entry ini saya buat khas untuk promote new product dari blog adik saya http://harlindahalim.blogspot.com/ .

Selepas misi Syarikat Gading Emas Sdn Bhd menjalankan Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu berjaya (pada 23 Jan yang lepas), sekarang mereka comeout dengan car sticker yang mana sebagai salah satu agenda dalam kempen menggalakkan breasfeed ini.

Okeylah..saya taknak taip panjang2, korang boleh klik ke link kat bawah ni untuk tengok design car stickers yang ada, beserta dengan info. Selain tu, korang juga bolehlah nak dapatkan ilmu bf ni secara santai dan informatif dari blog ni juga. My sis ni memang dia tak buat secara formal entry ni - terus dari hati ke hati (sebab kita baca dalam hati kan? hihi).

ni link entry tu :
http://harlindahalim.blogspot.com/2010/02/breastfeeding-car-sticker-is-now.html

...dan ini design car sticker yang saya berkenan itu..hehe..Biasalah, hot mama kenalah pilih yang seksi2 sikit kan? Design lain pun cun juga, tapi saya saja suka yang free-hair tu :D

Thursday, February 4, 2010

preggy updates : semput...again

alhamdulillah..pagi tadi dah selamat buat checkup baby kat kksa. nasib baiklah saya tiba-tiba ada instinct nak buka buku merah tu malam tadi, kalau tak..confirm tak gi checkup tadi sebab semalam, seharian saya followed hubby outstation kat batu pahat (siap round melaka lagi - kejap!)

checkup ok. baby ok. saya pun ok. just saya sendiri tak puas hati sebab berat saya cuma 52.5kg, which is 1.3kg gained from last checkup. yela, saya dah set kena gain 2kg per month. tapi staff nurse tu kata okey since saya memang dari awal pregnant gain sikit je.

results yang lain pun ok. saya risau juga check urine kalau ada kencing manis sebab checkup kat umra kan kata baby agak besar, sampai saya kena jaga makan. plus, saya sendiri since masuk trimester ketiga ni nafsu makan membuak-buak..hehehe. manalah tak semput kan? dahle tummy saya ni kecil dan kapasiti yang mampu ditampung pun kecil.

last weekend balik kampung. mak dengan abah baru je balik dari jogjakarta. pergi berdua je lak tu. jeles i - romantik tol mak bapak mertua aku ni! mak ada belikan saya kain sutera, suruh buat blouse yang sopan dan menutup aurat. kekeke..tunggu habis pantang nanti baru saya buat kot, now ni rugi buat baju.

my sil - nadiah, pun dah selamat balik ke melbourne. sedih gak sebab masa saya bersalin nanti diah takde. diah balik time anak sedaranya ni dah umur 8 bulan. takpelah diah..nanti akak kirim gambar baby banyak2 pada diah ok? :-)

tadi baru baca blog aju (alamak! link tak letak..), esok dia akan jalani prosedur untuk betulkan kedudukan baby dia. kak hadha doakan semoga segalanya selamat, ameen. risau pulak saya dibuatnya. so far, baby saya ni dapat compliment dari doktor sebab berkelakuan baik aje. emak harap icha maintain macam ni sampai dapat suami nanti ekk? kekeke..dah ada suami, hubby icha lah jaga icha, bukan emak dan abah lagi..

semput ni..saya memang kuat makan sekarang ni, tapi berat memang tak naik-naik. semalam jumpa junior semesti yang jadi lecturer kat kuittho, akmal jamail. katanya, kalau saya duduk memang tak tahu pun saya tengah pregnant ni, muka kurus, tangan kurus..bila berdiri baru nampak ada perut comel ni sikit. aisehh...kelakar juga. baru-baru keluar makan dengan member yang pregnant juga, dia kena tahan disuruh beli ubat kuruskan badan untuk guna lepas bersalin, yang saya orang tu buat derk aje...padahal, saya ni lagi besar dah tinggi dari member tu...

okeylah, stop dulu...saya penat sangat rasanya ni. payah nak bernafas. padahal harini saya belum ambil apa-apa makanan berat. hubby balik nanti baru nak makan nasi sekali. (sebab tu saya malas balik kampung, emak sangat rajin memasak sedap2 dan saya memang rajin makan sampai tak boleh bernafas. kalau dok rumah sendiri, saya boleh control makan)

buat aju, kalau baca entry ni...tu je akak nak bagi petua, lamakan sujud dan pujuk baby tu turun kepala dia. adik akak dulu pun kedudukan baby tak betul time dekat2 bersalin tapi alhamdulillah, dua cara ni memang berkesan. selain tu, dia ada buat lagi petua lain - kecuali urut.

wassalam

Friday, January 29, 2010

iPod pouch baru untuk hubby

taraa..!! inilah kesan kena tinggal 3 minggu dengan hubby haritu. hehehe..

selain daripada 'gila' ber'giveaway' kat blog, saya terjumpa pulak banyak blog yang buat kraftangan ni. paling menarik - felt craft dengan handmade card.

so, saya ada visits a few craft blogs ni and dah sampai pun order barang-barang kraf saya. nak gi merayau jauh-jauh saya tak larat, so beli online jela. lagipun, saya risau saya ni jadi macam mak saya kalau masuk kedai jahit/ kraf..huhu! alangkan beli online pun dah scary tengok duit yang keluar, apatah lagi pergi sendiri ekk?

yang kat bawah ni iPod pouch baru untuk hubby. tapi, sebab saya wifey yang notty, saya buatlah kaler pink..kekeke. terbesar lak sikit tu. konon nak buat surprise so saya just guna ukuran asal pouch yang ada pada saya.

boleh tahanlah kan? taks siap lagi ni. holes untuk earphones dn cable belum buat, dan saya tengah takde idea nak decorate cover pouch ni.



actually, ada a few felt projects saya dah buat. kalau nak tau update, boleh ke blog kraf saya (bukan blogshop ok?) -- http://craftandshop.blogspot.com/ . 'shop' tu sebab saya published blog2 kraf tempat saya shopping!

kat sini saya akan update projeck-projek kraf yang saya buat. anak tukang jahit le katakan..last2 main benang juga yang best :P so kawan-kawan bolehlah bagi komen dan kritikan membina pada saya. saya jahit tingtong ke, design saya typical sangat ke etc.

ok bye. nanti saya update lagi. harini rasa nak buat agar-agar or puding. maknyanya saya kena keluar ke kedai kat tepi jalan tu nak beli agar-agar. malasnya! (patutlah baby besar - emak dia kuat makan manis dan malas berjalan. tapi saya tak larat berjalan sebab dia besar kan? hehe..)

p/s : masa tunjuk pouch ni kat hubby semalam, dia terus pegang perut saya sambil cakap " icha..icha..ini yang mak ngko buat duduk kat rumah" cheisss..!!

Wednesday, January 27, 2010

cute panda



wohooo...hubby baru je upgrade our pc to windows 7 last weekend. so, before i ever get my new netbook, inshaALLAH (dah bodek hubby dah!)..i'm gonna enjoy this new Paint in windows 7..kekekke..

comel kan? later i'm gonna transfer this cuteness into a felt design :-)

enjoy!!!!


Sunday, January 24, 2010

preggy updates : "kita kena dietkan icha"

icha..? alamak siapa lah pulak icha ni ye kawan-kawan?

kekeke..sebenarnya icha ni panggilan manja saya dan hubby untuk baby yang bakal lahir ni. comel kan nama tu? macam nama kucing (mentang2 lah emak dia 'hantu kucing')

kenapa pulak icha kena diet? jeng! jeng! jeng! haaaa..surprise ni!

semalam macam biasa saya dan hubby ke umra untuk monthly antenatal checkup saya dan baby. alhamdulillah..macam yang sebelum2 ni, baby saya memang marvellous bila jumpa dokor. baik anak mak ni..mmuahh!

berat saya tak banyak naik pulak kali ni, setakat semalam just 52 kg je. huhu..tapi doktor takdelah komplen apa-apa. (suka!). scan baby pun alhamdulillah bagus..kepala masih di bawah, air ketuban pun ok, degupan jantung ok...lega. baby pun siap tendang2 doktor lagi time scan. biasalah tu kan? :p

cuma, doktor ada tanya "your family ada yang kencing manis ke?". saya jawablah takde. borak punya borak rupa-rupanya doktor kata, baby saya ni semuanya ok, bagus cuma dia 'quite big'. nak tahu berapa berat dia dah? 1.34 kg. terlebih 30% dari yang normal.

hurmmm..patut pun doktor tanya macam tu. yelah, kot nak tanya saya, maknye ni maintain comel macam sebelum preggy gak (sila lihat gambar terbaru saya kat facebook ye..masih jelita macam sebelum kahwin, perut je yang naik kikiki). doktor buat presumption, baby ikut sebelah family hubby (sebab dia nampak hubby kat situ). family saya memang saiz 'M' je semua. mak pun berisi sejak ambil ubat dulu, kalau tak sampai anak lapan pun sama slim macam saya tau!

so, doktor advise suruh saya diet, jaga makan. tu je. " you still have a looong journey to go dear.." yelah, risau juga saya. baby ni dah elok2 position dia tapi sebab dia 'quite big'. karang tak muat nak keluar ikut pintu yang betul....minta2 dijauhkanlah. ameeen..

hurmmm...tu je updates pasal semalam. saya gumbira sejak jumaat lepas sebab hubby dah ada je kat depan mata 24 jam ni. best! best!

jumpa lagi..

Friday, January 22, 2010

bila parents campurtangan urusan rumahtangga anak menantu...

hurmmm..typical topic, typical problem..kan?

dah lama saya nak menulis pasal topik ni, tapi ada aje kekangannya. so, malam tadi, time dinner dengan hubby dan best friend dia, topik ni keluar.

saya tak berapa pasti samada saya ada mengalami masalah ni atau tidak. so far macam takde, just saya rimas bila saya TER'bergaduh' dengan hubby time parents ada, diorang akan pesan "jangan gaduh-gaduh..". bila saya jawab " dah biasa macam ni sebelum kahwin"..parents mana yg faham kan? padahal kitorang dari sebelum kahwin dah biasa bertekak - normal. selalunya plg lama adalah setengah hari..bertekak mulut pun paling lama 10 minit, pastu masing-masing diam. saya tetap layan hubby macam biasa - iron baju dia, siapkan makan minum tempat tidur dia, jadi makmum dia , hubby pun tetap layan saya macam biasa - tolong saya kat dapur, jadi imam saya, tolong saya buat kerja dapur ; cuma kami tak bercakap.

at the end of the day, salah seorang pasti mengalah. hissh..sape tahan gaduh lama2? tapi 'gila' la kalau couple, bertunang dan kahwin tak pernah gaduh kan? just pandai2 la kita handle..dan saya plg pantang org masuk campur urusan rumahtangga saya.

entahlah...saya memang mcm ni sejak kawan dengan hubby. maybe saya dah serik. bukan apa, boleh je nak bagi parents masuk campur, tp faham2lah, parents ni cuma tahu anak dia dapat yang terbaik dan suka risau yang bukan-bukan. kadang2 sampai tak bagi peluang kat anak (dan menantu) pun nak betulkan kesilapan, direct je diorang buat plan baru untuk anak-anak. some parents la...ramai yang saya tgk macam ni.

itu parents yg masuk campur. ada pulak tu, sesetengah anak ni, sikit2 semua nak inform kat parents - sampai gaduh dengan laki / bini sendiri pun nak cerita! pada saya kalau macam ni baik jangan kawin.

yes! memang mak abah nak yang terbaik untuk kita, tapi kita sendiri pun tahu apa yang terbaik untuk diri kita. ada masa kena berdegil jugak. once kawin, rumahtangga kita adalah urusan peribadi kita. just kita wajib ingat yang kita ni still ada responsibility pada parents. dan parents pun janganlah memaksa sangat - tak ke mana anak awak tu yang sampai segala benda anak menantu buat nak pertikaikan dan nak tanya kenapa..kenapa..kenapa???

biasanya orang kata parents belah lelaki la problem mcm ni, lebih2 lagi kalau perempuan tu berkahwin dengan 'anak emak'. memang payah. tension tau! saya ada sorang member yang kena macam ni, kesian dia. sampai suami dia makan lauk apa pun mak dia tanya, padahal member saya ni masak memanglah super sedap! tapi mujur member saya ni isteri yang bijak, dia tahu nak handle situasi tu.

itu yang kes dah kawin. yang baru nak kawin? pun ada juga. parents sebelah lelaki juga yang putuskan hubungan anak dia. malas saya nak cerita lak. sakit hati fikir.

kalau parents sebelah perempuan pulak macam mana? yang ni biasanya kalau mak bapak perempuan tu kononnya dah terlampau kenal bakal menantu dia. hurmmm...lagi2 anak perempuan tu 'anak emak' jugak. memang haru lah jadinya. anak perempuan ni biasanya jarang ada yang degil macam saya.

tulah ceritanya, kesimpulannya, pada yang ada pasangan, especially yang dah kawin dan tengah bertunang, berpada-padalah nak cerita apa2 kat parents tu. parents ni bukan apa, diorang tahu anak diorang bahagia, selamat dan gembira je. jangan bagi parents masuk dalam hal rumahtangga kita, walaupun yang remeh-temeh. kadang2 isu bini suka ambik catering pun boleh buat jadi cerai-berai sebab mak bapak kecoh2. yang suami pun, pandai2 lah bertindak ok?

saya pesan kat para suami bukan apa, selalu yang makan hati ni para isteri sebab dia memendam rasa je - taknak suami jadi anak derhaka kalau lebihkan bini. yang para isteri pun, takyah nak merepot kat mak bapak semua benda. petuanya : JANGAN BAGI PARENTS KITA RISAU YANG BUKAN2. kalau parents tu mcm dalam cerita nur kasih okeylah, selamat rumahtangga awak tu. kalau sebaliknya...?

..even kalau tahap kes main kayu tiga pun, usahalah sedaya-upaya baiki sendiri dulu. betulkan kesilapan diri dulu. ALLAH takkan uji kita di luar tahap kemampuan kita. pasti ada asbab dan hikmahnya.

hahaha..emo..emo..
Related Posts with Thumbnails